Friday, October 23, 2009

MAK OIII BESAR NYA U TURN


Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu."Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

OSMAN JAILU PENIPU , PENGKHIANAT RAKYAT

Osman Jailu mendapat peruntukan sejuta ringgit untuk DUN Changkat Jering.Dahulu Osman wakil rakyat PR mendapat peruntukan exco dan wakil rakyat berjumlah 450 ribu ringgit.Pengundi dan rakyat tahu siapa yang bolot duit rakyat sejuta itu.Jikalau kita pergi keseluruhan DUN Changkat Jering,kita boleh melihat Osman bukannya buat kerja.Kita pergi Pasar Taman Kaya, tandas tidak terurus.Jalan di Taman Indah-Taman Damai rosak.Banjir kilat masih berlaku di Kampung Pauh.Mereka yang terlibat banjir kilat pada 17 Julai 2008,masih tidak terbela.Penduduk berjumlah 44 keluarga masih menunggu Osman mengotakan janji .Dalam dialog di Dewan Taman Kuning Sari 20 Julai 2009, Osman berjanji akan membantu rakyat yang terlibat dengan banjir.Osman dengan yakin berjanji membantu mereka.Dulu menjadi exco,kini dibiayai UMNO Osman gagal membela rakyat.Osman bukan boleh dipercayaai.Jikalau semasa exco PR beliau gagal untuk bersolat di 9 masjid di DUN Changkat Jering,inikan pula sewaktu menjadi wakil lompat.Mengikut orang kuat beliau Ketua Kampung Larut Ulu, Tajei Husein, Osman sibuk selalu ke luar negeri.Kalau ada masa Osman akan berjumpa pengundi.Mengikut Tajei lagi semasa program jamuan raya Osman baru-baru ini,yang hadir mereka yang menerima dermasiswa rakyat ,satu program kerajaan PR membantu rakyat.Tiada siapa yang meminta maaf daripada Osman sewaktu jamuan raya pada 18 Oktober baru-baru ini.Mereka yang hadir menyatakan Osman yang meminta maaf kepadsa rakyat.Terima kasih Malaysiakini yang memberi maklumat kepada rakyat tentang Osman bersama kawan rapat ambil wang pembayar cukai.Ingat Osman ,kami pengundi tahu anda sememangnya pengkhianat rakyat.Pengundi pasti menghukum anda pada pilihanraya negeri.